Saturday, October 31, 2009

mungkinkah

Seperti ada yang tak kena
Di saat melihat ke arahmu
Saat kau berpaling dan tersenyum
Dunia jadi luar biasa

Maafkan andainya ku mengganggu
Ku bukan membaca fikiranmu
Ku hanya ingin mengenalimu
Dan tahu ku menyukai kamu

Mungkinkah ku teman biasa
Seawalnya kita berjumpa
Kucinta kau tidak berasa
Pedih saatnya

Mungkin bila tiba saatnya
Kita akan tetap bersama
Mungkin kita kan jatuh cinta
Mungkinkah

Maafkan andainya ku mengganggu
Ku bukan membaca fikiranmu
Ku hanya ingin mengenalimu
Dan tahu ku menyukai kamu

Mungkinkah ku teman biasa
Seawalnya kita berjumpa
Kucinta kau tidak berasa
Pedih saatnya

Mungkin bila tiba saatnya
Kita akan tetap bersama
Mungkin kita kan jatuh cinta
Mungkinkah

Mungkinkah ku teman biasa
Seawalnya kita berjumpa
Kucinta kau tidak berasa
Pedih saatnya

Mungkin bila tiba saatnya
Kita akan tetap bersama
Mungkin kita kan jatuh cinta
Mungkinkah

Mungkinkah
Kita akan bersama
Ooooo
Mungkinkah


VideoPlaylist
I made this video playlist at myflashfetish.com


Tuesday, October 6, 2009

i miss mama so much...


hari ni entry aku just pasal seseorg...
seseorg yang tersangat aku sayangi...
seseorang yang sangat aku kagumi...
seseorang yang tak mungkin sesekali aku sakiti...
seseorang yang segala2nya padaku...
dia
terlalu penting bagi aku..
dia yang menjadi kekuatan kepada jatuh bangunku...
dia..
yang takkan mungkin aku dapat bayangkan hidupku tanpa dia..

sesungguhnya
aku terlalu kagum..
kagum dengan kekuatan dirinya
kecekalan hatinya
kelembutan nalurinya

mama..
atau
TENGKU RAZIAH BINTI TENGKU ABDUL RASHID
insan yang menjadi pendorong kepada setiap langkahku
menjadi nadi kepada setiap nafasku

mama
sesungguhnya anakmu ini terasa rindu sangat
rindu untuk melihat senyumanmu...
amarahmu..
gelak ketawamu...
lawak spontan darimu..
expresi wajahmu...

anakmu ini terlalu kagum denganmu..
masih aku ingat saat kesusahan melanda kita...
hanya waktu itu..
saat itu..
buat pertama kalinya dan mungkin juga terakhir kali..
air matamu menitis di pipi..
namun sayang..
kerana pada ketika itu
anakmu ini terlalu mentah untuk mengerti erti kesusahan yang dialami

namun berkat kesabaran dan kegigihan mu sebagai wanita dan ibu...
kau bangun membuka langkah..
bagi memastikan kami takkan bersusah..

mama...
kini..
aku lihat betapa penatnya dirimu..
wajahmu menggambarkan segala-galanya..
tapi tak pernah sekali anakmu ini mendengar rungutan darimu..

mama...
aku akan pastikan kabahagiaan akan sentiasa menjadi milikmu..
walaupn anakmu ini mungkin tidak mampu untuk membayar setitis pun keringatmu itu...
tapi kami akan pastikan dirimu bahagia..
kini dan selamanya..

sungguh...
tika dan saat ini..
aku rasa terlalu rindu padamu..

walaupun hari ini..
bukanlah hari ibu..
atau
bukanlah hari lahirmu..
aku tetap ingin menyatakan
kata hatiku tentang dirimu..

aku sangat sayang padamu..
terima kasih mama...

Saturday, September 26, 2009

raya...'seronok' and 'x seronok'

1st and most...
nak wish
"SELAMAT HARI RAYA"
MAAF DIPINTA DARI HUJUNG RAMBUT SAMPAILA KE HUJUNG KAKI
KEPADA SEMUA YANG MENGENALI

ok
nak mula kat mana...
hmmm
perkara yang paling menggemparkan raya thn ni..huhu
bila baju raya berlubang di malam raya...huhu
sengal punye iron..
kecoh satu rumah nenda..
air mata da mengalir tak dapat di tahan2 lagi...huhu
nasib baiklah ade makcik ku merangkap tukang jahit pro sbg penyelamat

kalo tak
alamatnya makin bermuram durja la raya yang tak seberapa nak raya thn ni..huhu
(takde pic coz hp rosak..huhu)

kenapa raya thn ni tak seronok??
hmm

pertama: baju raya rosak..huhu

kedua: terpaksa menunggu kepulangan 'ja' di hari raya pertama yang pukul 5ptg baru smp..huhu

ketiga: kepenatan akibat terpaksa drive sorg blk kg..penaattt (kalo tak bleh tukar2 ngan ja)

keempat: beraya tanpa papa sebab papa tak dpt cuti..huhu

kelima: takde hp so takleh bergmbr sakan..huhu sgt sedih ma..

keenam: raya dah tak semeriah zaman kanak2 dulu..hmm

dimanakah keseronokan raya kini???hmmm

-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-

raya akan jadi seronok bila....
time nak dapat duit raya..hehe
sesungguhnya dikala usia kian meningkat
malu..segan..semua ada bila time nk dpt duit raya..
ahh tu untuk org lain..

bagi aku...
time ni adalah time yg dinanti...
maklumlah mungkin thn ni adlh thn terakhir untuk dpt duit raya..huhu

tapi...
bila mak sepupu aku keluarkan kenyataan...
"eh selagi tak kawen bleh dapat duit raya"
berdesing telinga dengar...
bibir takyah cakapla...
senyum smp ke telinga...
hajat untuk mengakhiri sikap mengutip duit raya nampaknya akan tertangguh...
aku masih layak dpt duit raya thn depan..hehe
thanks cik usha...

dan...
raya jd seronok bila nk balik kl jln tak jem...
hairan bin ajaib
ke mana menghilang semua penduduk pantai timur???
adakah aku pulng terlalu awal...
ehh takk jugak..
ariel kata die balik dr kedah nak tercabut kaki main break...
(tak pasal2 kene teman g urut kaki)
hmm
musykill sekejap...
biasalah org kelantan terengganu suka cuti lama2 kut..
tak kisahla..
yang penting ia membahagiakan aku..huhu

ok
jumlah duit raya...
hehe
nampaknya saya masih muda...
kerana duit raya thn ni tetap memberangsangkan
walaupun tak la sbyk thn lepas...

last but not least..
hari raya tahun depan akan tetap di tunggu2
sebab next year tak akan beraya sebagai seorang pelajar lagi...
insyaallah...


Sunday, September 13, 2009

KAtA hATi


saya nak kawen...
ok...

tipu...
hmm...
bila diri mula serabut...
fikiran pun jadi melalut...
mungkin betul kata incik apai...
susah2 sgt...berhenti belajar..kawen.. hehe...

tapi tak semudah tu...

nak kene cari calon lagi..
kene pulak dapatkan kelulusan menteri2 kabinet kat umah tu...
merangkap...
mama.. papa... dan sewaktu dengannya...
hehe..

tunggu2 dulu lah..
mungkin tahun depan...
takpun lagi tiga or empat tahun pun ok gak..
saya muda lagi ooo...


ok
raya...
kenapa tahun ni tak rase ape2 nikmat nak sambut raya????
tak sabar nak balik..
tapi adakah sebab nak beraya..
atau jumpa si die yang sengal dan menyakitkan hati???
huhu..


tahun ni tak best..
sebab..
tak dapat peluang sekali pun berpuasa dengan die...

hidup ni terlalu beban..

dengan kerja yang tak habis2...
psm aka tesis yang ntah tak tau hujung pangkal lagi..
assigment yang rasanya memang nak bagi terputus urat2 dalam saraf otak..

perasaan rindu pada...
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
the most...
'ja' yang jauh sangat...
tahun ni tak dapat nak shoping raya ngan ko..
huhu tak best langsung...
yang ko pegi beli tiket pagi raya tu watpe..
tau ar da duk jauh..
tak reti2 nak ingat balik umah...
huhu (padahal tiket abeh)
terpaksalah drive sorang2 balik kampung...



hmm
mama..
tiba2 rasa sayu sangat fikir pasal mama...
rindu nak dengar mama marah2..
rasa macam da lama tak dengar mama marah..



hmm... papa...
ntah kenapa seminggu dua ni rasa macam lain sangat bila cakap fon ngan papa...

mungkinkah diri ini dah terlalu lama tak balik...



hmm adik-adikku...
aka
nani...muni...deq lin...anis...

terlalu rindu nak berbuka puasa sama2...
kalau semua ada..

mesti kecoh meja makan...
dengan anis yang pantang ditegur sikit mesti tarik muka...
terus tak mau ape2..
usik nani yang sentiasa berselera nak makan..

muni yang sentiasa menjadi 'tong sampah' penghabis makanan..

dan deq lin..yang sentiasa dengan caranya sendiri memilih makanan...
sampai papa pun pening kalau makan sama-sama...

mungkin bulan puasa tahun ni kurang dirasa kemeriahannya...
sumpah..
kak la sangat rindukan kalian...
mungkin tahun ni baru aku benar2 merasa hidup seperti seorang perantau..


dan



kepada incik ariel
aku berserah pada ilahi
tentang kita..

walaupun berjuta kali kukatakan ia telah berakhir..
namun ternyata kau tak sempurna tanpaku..
dan

aku tidak betah tanpa dirimu..
walau berjuta kemaafan telah kita sama2 lafazkan..

namun hatiku tetap sakit..

begitu jua dirimu..
mungkin ada jalan yang terukir di depan sana...

tanggungjawab aku dan kau hanya perlu menunggu untuk tiba ke destinasi itu..
puasa kali ini tidak memberi peluang untuk kita berjumpa
kerana kesibukan diriku
dan
keegoan dirimu


yang pasti..

aku hanya akan mengikut aliran..

andai aliran itu terus mengalir dan sampai satu masa ia berhenti dihadapanmu
mungkin aku akan bersamamu..
namun buat masa ini..
silent is the best solution

hanya satu kupinta..

maafkan segala kesilapanku yang selalu sangat mengasari dirimu dengan kata2 berapi dariku..
huhu
sesungguhnya aku kagum dengan kesabaranmu menerima kemarahanku..
terima kasih untuk segala2nya ye incik ariel


n for mama n papa..

doakanlah anakmu ini terus tabah..
tabah untuk mengharungi dugaan sebagai pelajar tahun akhir..
walaupun taklah sebesar mana pun dugaannya..
agar
anakmu ini terus kuat untuk menyiapkan segala kerja-kerja yang mentensionkan diri...
really miss al the moment we had bila semua ada..

Tuesday, September 8, 2009

bila belajar dirasakan satu beban


hari esok sentiasa tak sabar untuk menjelma...
hari ini pula terasa sayang nak ditinggalkan...
tapi...
dengan hidup yang seakan rasa nak terbang untuk kemana-mana...
terasa macam tak cukup tanah nak dipijak...
alangkah indahnya setahun di UTM ni cepat berlalu...

bila terlalu banyak kerja tapi tak tahu nak start dengan yang mana...huhu..
bila bukak computer nak wat psm...teringat projek tak cari maklumat lagi..
bila surf internet nk cari maklumat...teringat pasal report bisness yang tak gerak2...
bile nak mula mengkaji kira2 bisness..mula terpikir pasal seminar fm...

huhu...
kenapalah otak nk tak mau fokus pada satu je...
last2 psm ntah kemana...projek melayang2...bisness teraba2...fm jatuh dlm mimpi...

saat belajar dirasakan satu beban...
rasa mcm saat ni juga nk berhenti....
saat tu jugakla terbyg2 family....huhu...maklumlah puasa kat umah tak merasa lg...
cepatlah berakhir semuanya...
agak dapat ruang untuk diri ini bernafas...
sesak sgt rasanya sekarang...
macam tak mampu nak buat semuanya....
hmmm...

Saturday, August 22, 2009

complicated is end


hmm
macam mana nak mula ek...
ok ape istilah complicated tu???
up to induvidu..
tapi bagi saya semuanya dah berakhir...
cukup sampai sini..
tiada lagi peluang di masa hadapan

saya mungkin tidak sempurna...
tidak seperti yang diharapkan...
tapi dia tak layak memperlakukan saya macam tu...
mungkin orang lain sentiasa bertanya..
siapa dia pada saya..
dan
siapa saya pada dia...
hanya kami ada jawapannya..

tapi segalanya telah terbukti...
dia pandai bermain kata...
dia pandai menyimpan rahsia...
mungkin dia boleh menidakkan..
tapi
saya tak mungkin percaya lagi...
kenapa perlu menidakkan sedangkan segalanya telah tersurat..
kenapa perlu menegakkan benang yang basah...
sudah terang lagi bersuluh...
mungkin dia bukan tercipta untuk saya...
mungkin dia tercipta untuk saya...
siapa yang tahu ketentuan ilahi..
biarlah segalanya ditentukan olehNYA

tipu...
kalau saya kata saya tak kecewa...
tipu...
kalau saya kata saya tak sedih...
bergelen jugak saya membazir air mata...
rasa macam bodoh pulak...
tapi kalau saya tak keluarkan air mata kesedihan tu..
sakit takkan hilang...
sekurang2nya saya dah tak sakit...
mungkin tu nikmat air mata...

saya percaya...
setiap yang terjadi itu ada hikmah disebaliknya...
kenapa semalam perlu terlerai semuanya???
mungkin untuk lebih mendekatkan saya pada Yang Maha Kuasa...
apabila ALLAH S.W.T. telah mengambil sesuatu yang menggembirakan kita...
pastinya DIA akan menggantikannya dengan sesuatu yang lebih baik..
bukan ke ALLAH S.W.T. itu Maha Adil...

mungkin dah tiba masanya saya lupakan perkataan complicated tu...
biarlah segunung alasan yang keluar sekali pun...
biarlah berbesen2 kata2 rayuan sekali pun...
dia mungkin bukan tercipta untuk saya...
namun seandainya memang telah tersurat dia untuk saya...
pastinya waktu itu akan tiba dengan sendirinya...
kerana kita hanya mampu merancang...

saya ok...
saya tak kisah...
segalanya kan berlalu dengan sendirinya...
namun selepas ini 'no' lebih baik daripada 'yes' kepada dia
'taknak' lebih bagus daripada 'nak'
he must use to be with that..
seperti juga saya..
saya ok...
saya tak kisah...

p/s kawan-kawan : jangan tanya apa2 kat saya ok...


Saturday, August 8, 2009

satu lagi hari yang memboringkan


hidup ni kalo selalu berisi pun tak best...
tapi bila melalui hari2 yang boleh dikatakan antara yang membosankan
lagila tak best
atas meja aku yang penuh dengan kertas-kertas...
buku-buku
yang ntah belum tentu aku pakai...
tapi terpaksa mengadap tiap-tiap hari...

kalau la boleh pegi bercuti ke satu tempat yang sejuk...
atau berjalan-jalan di tepi pantai...
atau dapat tido sepuas-puasnya dalam bilik yang seakan-akan bertaraf lima bintang...
huhu tentu hari ini akan lebih menyeronokkan...

kalau lah doraemon tu wujud..
huhu..
akan aku pujuk dia bawak aku jalan2 ke dunia yang besh2..hehe
nasib si comel doraemon tu tak wujud...

hmm
bila hari yang boring ni datang
pastinya membuatkan aku teringat pada seseorang yang jauh..
weh ja bila ko nak balik ek??
huhu

dan kepada lelaki yang selalu buat aku sakit kepala...
saya tak ingat langsung pada kamu....

dan kawan-kawan...
kenapa hari ini saya rasa macam saya sorang je ada kat utm ni..
huhu
hari ini adalah hari untuk membuat kerja masing-masing..
betul la kata orang..
hidup akan jadi boring bila kawan-kawan kiter takde...
huhu...

boring day...dush...
huhu..