Sunday, January 1, 2012

hari NI dA 2012

hari ni dah 2012..
ok macam tak caye je kan...
sungguh aku bersyukur kerana diberi nikmat kehidupan sehingga ke tahun ini..
dan tahun 2011 berakhir dengan penuh kekusutan buatku..
aku masih seperti ini...
terus terusan redha dengan segala dugaan yang didatangkan kepadaku

mungkin dia bahagia kini...bahagia bersama insan yang sangat menjadi rahsia buat aku..
aku pasrah dan aku redha kerana DIA lebih mengetahui apa yang lebih baik buat hambaNYA ini...

walaupun kadangkala aku berduka...
kerana mengimbau segala kebaikan dan kegembiraan yang dipinjamkan olehNYA...
namun aku gembira semua ini terjadi...ya aku gembira..
kerana pentas ini akhirnya mempunyai penutupnya...
walaupun kau masih ingin berahsia namun aku tahu ini penutupnya
aku yakin>>

TERIMA KASIH
diatas segala kebahagiaan yang kau curahkan..
diatas segala kegembiraan yang kau taburkan..

TERIMA KASIH
untuk setiap senyuman yang kau ukirkan
untuk setiap nasihat yang kau berikan
untuk setiap masa yang kau luangkan

TERIMA KASIH
kerana sentiasa menjadi pendengar yang setia
kerana sudi berada disisi ku saat aku berduka dan gembira

TERIMA KASIH
untuk segala-galanya...

aku yakin kini,
ada yang lebih baik menunggu aku,
aku sedar dari mimpi,
bahawa kau bukan untukku

walaupun seribu persoalan bermain dibenakku...
walaupun kau masih ingin berahsia mengenai dia...
aku redha dan aku pasrah.
ini yang terbaik buat kau dan aku...

makanya aku tiada azam yang lebih besar untuk tahun 2012 ini
melainkan untuk menjadi PUTERI AMEERA yang baru..
yang akan sentiasa mendoakan kebahagian kau..

dan semoga aku berjaya untuk melupakan segala-galanya...

saya minta maaf dan saya sangat berterima kasih untuk segala-galanya yang telah kita sama-sama lalui samaada baik atau buruk...kerana ianya hanyala kenangan dan akan menjadikan pengalaman yang sangat berharga

0 mengomel: